DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 13 MEI 2005
PENYANYI Aishah menganggap program realiti amal, Misi Suara Hati mampu membuka mata dan mengubah persepsi masyarakat terhadap konsep kerja amal dan sukarela yang masih dianggap baru di negara ini.
Dia yang dilantik sebagai duta program musim kedua, Misi Suara Hati 2 (MSH2) bersama-sama personaliti Ras Adiba Radzi berkata, program seumpama itu dapat mewujudkan keprihatinan masyarakat terhadap kerja-kerja kebajikan.
Malah tegasnya, melalui program tersebut, penonton dapat melihat bagaimana sukarnya mendapatkan derma atau sumbangan daripada orang ramai.
``Di Barat, kerja-kerja sukarela memang sudah sebati dengan masyarakat mereka namun belum begitu diterapkan di negara kita.
``Kita patut buangkan tanggapan bahawa kerja-kerja sukarela atau amal hanya kerja orang kaya dan tujuannya untuk komersil semata-mata.
``Sebenarnya setiap daripada kita boleh menghulurkan bantuan, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun termasuklah idea.
``Justeru, apabila dilantik sebagai duta MSH2, saya rasa sangat berbesar hati. Dengan pengalaman yang ada, saya mungkin dapat membantu peserta merealisasikan misi mereka,'' kata Aishah pada sidang akhbar program MSH2 di ibu kota, petang Selasa lalu.
MSH2 yang diterbitkan Astro dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang telah bermula 2 Mei lepas akan berlangsung sehingga 26 Mei ini.
Kali ini sembilan peserta daripada beberapa universiti tempatan diberi tanggungjawab mengumpul dana sebanyak RM90,000 dalam tempoh 26 hari.
Dana tersebut dikumpulkan bertujuan untuk membantu dua kanak-kanak, Ahmad Zakir Abdul Khalid, dua tahun yang menghidap penyakit sensor neural serta M. Nitiawarie, lapan tahun yang menghadapi masalah ketumbuhan dalam pinggul sejak dilahirkan.
Aishah menegaskan, tidak sukar mengumpul jumlah tersebut seandainya masyarakat kita prihatin.
``Cara paling mudah ialah dengan menderma melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Sebenarnya kalau RM1 seorang membuat sumbangan, kita boleh mengumpul lebih daripada yang disasarkan.
``Sebab kalau kita lihat statistik sehingga Ogos lepas, di Malaysia sahaja ada 11.9 juta talian telefon bimbit,'' katanya.
Penyanyi itu turut memuji langkah Astro memperkenalkan program tersebut yang dianggapnya dapat mendidik penonton untuk membantu kerja sukarela yang dijalankan.
``Saya rasa inilah rancangan realiti pertama yang tidak
menawarkan ganjaran hadiah
jutaan ringgit kepada pemenang.
``Sebaliknya, apa yang diperolehi pada akhir rancangan adalah satu kepuasan apabila tujuan untuk mengumpul satu-satu dana beroleh kejayaan,'' ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Projek MSH2, Mohd. Fadzil Abdul Latif berkata, selain melantik Aishah dan Ras Adiba Radzi sebagai duta, pihaknya telah mengatur beberapa strategi lain untuk mengumpul dana yang diperlukan.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang ialah jualan kek, aktiviti sekolah, jualan penanda buku, Realiti F&N, pertandingan melukis dan jualan cap tapak tangan bersama selebriti MHS2.
``Acara kemuncak MSH2 ialah majlis makan malam gala amal Fesyen, Lelongan dan Persembahan Bersama Bintang yang akan diadakan pada 20 Mei ini di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor.
``Pada malam itu, seramai 17 artis akan mengadakan persembahan termasuklah Aishah, Nora, Adibah Noor, Ezlynn, Iwan, Sheeda, Haiza, Shikin, Liza Hanim, Nassier Wahab, Francisca Peters, Yusni Hamid, Vince serta Saari AF.
``Turut dianjurkan ialah pertunjukan jualan lelong gaun artis yang akan dihoskan oleh Azwan Ali.
``Antara artis yang telah bersetuju untuk melelong gaun mereka termasuklah Nora, Camelia, Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Erra Fazira dan Ning Baizura,'' jelas Mohd. Fadzil.
Menurutnya, kepada mereka yang berminat untuk menghadiri makan malam itu, meja-meja berharga RM3,000 dan RM1,000 sudah mula dibuka untuk jualan.
Misi Suara Hati 2 disiarkan di Astro Ria setiap hari pukul 8.30 malam kecuali Sabtu. Siaran ulangan pada 11.30 malam sementara Journal Misi Suara Hati 2 disiarkan pada setiap Ahad pukul 9 malam.

No comments:
Post a Comment