Hari ini hari mereka, hari kita belum tahu lagi...
Hari ini telah masuk hari keempat. Ada 2 kes baru ! Adik Ahmad Zakir Abdul Khalid & Adik Nitiawarie Murugan.
Sembilan pelajar IPTA yang baru akan berusaha mengutip dana berjumlah RM90,000 untuk disumbangkan kepada kanak-kanak, Ahmad Zakir Abdul Khalid, 2 tahun 10 bulan, yang menghidap penyakit sensor neural dan seorang lagi pesakit, Nitiawarie Murugan, 8, yang menghidap penyakit Iypo Monogosiel Tethered Court, Neurogenic Lower Limb Weakness ketika dia dalam kandungan lagi.
Para peserta cuba mendapatkan penajaan.
Mereka mencuba untuk mendapatkan Chevrolet untuk menaja kereta.
Pihak Chevrolet mencadangkan yang mereka akan cuba untuk menjayakan Fashion Gala & Makan Malam Amal dengan menjual meja kepada sektor korporat. Begitu juga untuk Pertandingan Bayi Comel dan Pertandingan Mewarna.
Berkenaan dengan kereta hanya untuk kegunaan pada minggu terakhir.
Banyak juga orang perseorangan dan syarikat yang membantu. Kita bila lagi ?
Sumbangan terkini : RM870.00
Thursday, May 05, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment