Monday, April 25, 2005

MISI SUARA HATI

PENDAHULUAN


"Hidup ini selalunya indah, langit tak selalunya cerah". Inilah situasi yang mungkin dialami oleh setiap insan di dunia ini maka hendaklah kita sentiasa berhat- hati. lantaran senario ini berrlaku terhadap seorang individu yang ceria, berpotensi dalam pelaajaran dan lain lain lagi. namun apakah relevannya cerita ini dengan program Misi Suara Hati.

Justeru, dengan keprihatinan, kesedaran dan kebangkitan dari setiap individu dan pihak pihak tertentu, khasnya dengan kehadiran yayasan budi penyayang dan kerjasama Astro maka lahirnya satu siaran atau rancangan yang akan merealisasikan hasrat seorang insan menerusi program Misi Suara Hati.

Wal Hal yang demikian, objektf utama program Misi Suara Hati adalah untuk mendapatkan derma sekurang kurangnya RM50,000 untuk diberikan kepada Sim Yee Lim seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang mengidap penyakit leukemia. beliau adalah berasal dari keluarga sederhana dan ingin sedikit sumbangan dari semua pihak. sumbangan ini adalah untuk membantu beliau bagi menjalani proses pembedahan pemindahan sum sum tulang.

Oleh yang demikian, hasil pemilihan Astro bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia maka lahirlah lapan orang perintis daripada tiga universiti yang berbeza. Mungkinkah mereka mampu untuk memenuhi kehendak sim atau sebaliknya? jadi, secara peribadi semua perintis ini amat memerlukan jasa baik dari anda semua, mungkin dari sekecil kecil bantuan yang disalurkan akan menyelamatkan nyawa seorang individu.

MENGENAI MISI KAMI

Misi suara hati adalah merupakan satu rancangan realiti TV yang diterbikitkan oleh ASTRO dengan kerjasam yayasan budi penyayang malaysia dibawah naungan Y.Bhg. Datin Seri Endon Mahmud. seramai lapan orang pelajar universiti yang terpilih daripada 3 buah institut pengajian tinggi awam malaysia yang terkemuka. iaitu UKM, UPM dan KUIM. sehubungan dengan itu, para pelajar atau mereka yang lebih senang digelar sebagai perintis telah diberikan satu jangka masa selama 27 hari iaitu bermula 3 april 2005 sehingga 1 mei 2005 untuk melaksanakan dan melengkapkan misi yang diberikan.

Objektif utama yang telah diberikan kepada para pelajar ialah mengumpul dana sejumlah RM 50,000 untuk membantu sim yee lim untuk menjalani pembedahan pemindahan sum sum tulang. Sim Yee LIm merupakan remaja yang berusia 19 tahun dan telah dikesan menghidap penyakit Luekimi (Large Granular Cell Lymphocyte).

Penyakit yang dihadapi oleh beliau ini adalah merupakan sejenis penyakit Luekimia yang kronik yang mana beliau ama memerlukan proses pembedahan dengan segera. untuk makluman, sim yee lim merupakan seorang pelajar cemerlang namun demikian beliau terpaksa menangguhkan pelajaran keran apenyakit yang dialaminya. disamping itu sim yee lim juga datang daripada keluarga sederhana di mana beliau tidak mampu membiayai rawatan perubatan yang melibaykan sejumlah wang yang banyak. apa yang paling menyedihkan bapa sim hanya berkerja sebagai seorang buruh yang mempunyai pendapatan bulana sebanyak RM600 dan berumur 56 tahun dan mengalami masalah mental yang masih terkawal. Manakala ibu sim hanya seorang pembantu rumah dan mempunyai barah payu dara yang memerlukan rawatan kimoterapi. namun demikian dengan jumlah pendpaatan yang terhad. keluarga sim tidak mampu membiayai rawatan perubatan tersebut.

Oleh yang demikian bagi menjayakan misi ini, kami selaku jentera penggerak telah merancang beberapa aktiviti yang dijangka mampu serba sedikit memberi sumbangan kepada sim yee lim. anatara aktiviti2 dalam perancangan yang akan dijalankan :-

- Makan malam amal
- Pertandingan Futsak
- Bazaar amal
- Tayangan amal
- laman seni (Sim's Greeting)
- Pengedaran Majalah (Milenia Muslim)
- Karnival suara hati
- konsert Gala Misi Suara Hati

Setiap akytiviti dibahagikan mengikut kumpulan yang mana terdapat 4 kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. ianya beroperasi di Bilik Gerakan Misi Suara Hati, di universiti Kebangsaan Malaysia.

Pihak pihak yang terbabit dalam program Misi suara hati adalah seperti di bawah. semua ahli program Misi suara hati seramai 8 orang yang dibimbing oleh Puan Wasitah Binti Haji Mohd Yusuf selaku penasihat kumpulan, pihak astro dan yayasan budi penyayang malaysia serta seluruh rakyat malaysia.

Justeru kami sebagai pelajar yang terpilih yang bertanggungjawap untuk melaksanakan misi ini memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua pihak. tidak kira sama ada dari badan badan profesional atau orang perseorangan untuk sama sama berganding bahu agar dapat memberikan sokongan kepada kumpulan perintis perintis misi suara hati dalam menjalankan aktiviti aktiviti yang telah dijalankan. sumbangan sumbangan yang diberikan bleh disalurkan dana bentuk kewangan, menghadiri majlis "Malam Makan Amal sambil menderma", menyertai "Boot Bazaar Amal", menjadi penaja penaja pertandingan futsal karnival air atau aa sahaja yang dianggap relevan. Oleh yang demikian, semua dana yang diperolehi akan dikumpulkan dan disalurkan kepada tabung rawatan saudari Sim. secara tidak langsung, melalui program ini dapat memberikan pulangan dan sebaran ang meluas terhadap badan badan profesional atau syarikat yang terlibat di mana program ini akan disiarkan secara langsung menerusi ASTRO di saluran RIA setiap hari isnin hingga jumaat jam 8.30 malam dan hari ahad jam 9.00 malam.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk sms. kaedah sms adalah sperti berikut:
Taip : Misi 1 jumlah dan hantarkan ke 32999
COntoh : misi1 1 atau 5 atau 10 dan hantarkan ke 32999

sumbangan berbentuk cek bolehlah ditulis ke atas nama "Tabung Misi Suara Hato1" dan dihantarkan ke alamat berikut :-

No. 106, Rumah Tamu,
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

atau sila hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan di
No. tel : 03-89221740
No. Fax : 03-89221730
Email : misi_suarahati@yahoo.com

Sejajar itu, kami ingin menjemput pihak pihak yang terlibat agar dapat bersama sama kami meyertai progra misi suara hati yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Peyayang dan Astro untuk memberikan sedikit peluang hidup kepada saudari sim. kami juga amat berharap serta merayu kepada semua rakyat malaysia agar sama sama menghayati penderitaan yang dialami oleh Sim sekeluarga dan seterusnya, memberi sedikit sumbangan agar sasaran yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya. Bak kata pepatah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Akhir kata dari kami, "sesunggunya penderitaan sim yee lim merupakan lambang kepritan dan kesengsaraan rakyat malaysia. justeru, selaku masyarakat yang bertanggungjawap dan prihatin, maka sama samalah kita menjayakan sebuah misi yang bernama Misi Suara Hati". Segala kerjasama dan bantuan yang akan dihulurkan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

No comments: